Lady Bug Note Generators
Rasa Sedap Si Jeruk Kelubi, Makan Sampai Tak henti-Henti, Antara Tapai Pulut Dan Tapai Ubi,Yang Mana Satu Pilihan Hati... Bila Makan Jeruk Kelubi,Memang Payah Nak Berhenti,Antara Tapai Pulut Dan Tapai Ubi,Dua-Dua Idaman Hati ...

Tuesday, 11 June 2013

               DAH SIAP PACK UNTUK PELANGGAN
                    Encik Shawal staf Sk Lukut order 10 biji

 
 

Monday, 10 June 2013

                                                RAGI
 
 
       APA ITU RAGI .....
Ragi tapai berbentuk bulat pipih. Ragi ini sering digunakan dalam pemprosesan penghasilan tapai.  Antara tapai yang biasa dengar dan yang kita makan tapai ubi dan pulut. Ha satu lagi tapai iaitu tapai nasi, tapi jarang orang yang makan tapai nasi ni. Nak makan pun boleh tapi biasanya tapai nasi digunakan dalam bahan buat apam eno dan berbagai apam lagi yg gunakan tapai nasi. Masa cuti sekolah baru ni alhamdulilah berkesempatan belajar buat apam eno dari mak mentua. Seronok dapat belajar resepi warisan ni, nanti bolehlah kita share-share kat kekawan. Ha cakap pasal ragi ni baru juga dapat resepi dan tunjuk ajar dari mak mentua baru-baru ni.
 
 Alhamdulilah dah dapat buat ragi insyallah dapat menguasai teknik dan panduan tu. So lepas ni boleh la sape yg buat tapai nak ragi calling-calling order ragi dari saya insyallah. Sebenarnya bahan-bahan buat ragi ni tak de le banyak bebenor. Antaranya bahannya beras,bawang putih dan akar kayu manis. Mungkin diluar sana ade menggunakan bahan-bahan tambahan yang lain tu saya tak pasti la. Tapi ini resepi original dari mak mentua saya. Ragi telah siap akan disimpan dalam jangka masa 1 ke 2 hari bagi proses formentasi (penapaian). Setelah tumbuh cendawan putih halus, ragi ni dijemur sehingga benar-benar kering bagi mendapat hasil yang baik dan bagus. 
 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Saturday, 8 June 2013

Monday, 27 May 2013

MAKAN AGAR TAPAI NI...MASA SEJUK MEMANG BEST....
  

Thursday, 23 May 2013


                                 KELEBIHAN DAN KEBAIKAN TAPAI ....

 
 
TAPAI PULUT ....
 
 
 
Ha...ini tapai yang dah masak sedia untuk dimakan. Saya pasal bekas tu saya tak menggunakan daun pisang. Saya lebih senang menggunakan bekas seperti ini. Terpulang kepada individu mengikut kehendak dan citarasa masing-masing. Kalau macam bekas plastik yang kecil tu harga lima puluh sen aje. Alhamdulilah saya gunakan ragi yang mak mentua saya manis tapainya tak guna pun gula semasa proses membuat tapai tu.  Selamat mencuba.....
 
 
 

Wednesday, 22 May 2013

        CARA-CARA MEMBUAT TAPAI PULUT  
   
 
 
 
 
 
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras pulut - basuh bersih
2 cawan air
1/4 biji ragi atau secukupnya - diparut guna tapis teh

cara-cara


1. masukkan beras pulut dan air ke dalam loyang dan dikukus dengan api kuat selama 15 minit.
2. kemudian, kacau2 biar serata
3. kukus balik selama 10 minit sehingga masak

Bila dah masak, keluar kan dari loyang, letak dalam talam ker atau apa2 bekas besar utk sejukkan pulut. Bila dah sejuk, parut ragi & tabur rata2 atas pulut .. gaul2 sikit..

masukkan ke dalam bekas yang akan diperam (i guna tupperware je), dan balut bekas guna kain, masuk lam kabinet dapur..biar 2-3 hari..
selepas 3 hari, siap utk dimakan..jika x mau makan lagi, masukkan terus ke dalam peti ais...








 
 
 

 
 


 

Tuesday, 21 May 2013

 
APA ITU TAPAI.....
Tapai ialah sejenis makanan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.

Tapai yang telah siap dibungkus  ditutup. Zaman telah berubah begitu juga dari segi pembungkusan tapai. Selain daun pisang saya kini lebih senang menggunakan bekas plastik kecil mengantikan daun pisang. Almaklum la ... daun susah jugak nak dapat dalam kuantiti yang banyak tu. Kalau setakat sikit-sikit tu belakang rumah pon ade. Ade le tanam pisang jugak belakang rumah tu tak le banyak bebenor bro... Tapi tapai dalam daun pisang aromanya lagi mengancam bro....  Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional. Kalau saya paling kurang 3 bungkus baru baru berhenti.  
 
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais. Pekena ni terangkat bro...... Saya memang minat bebenor tapai tambah lagi tapai pulut. Jadi minat makan, dengan itu la jugak saya dan isteri menceburi membuat tapai. Tapi baru lagi bro boleh la kalau sape nak order heh heh. Coming soon saya nak buat ragi tapai. Sape lepas nii nak  tapai telepon le ye jangan sogan-sogan harga ok punya ragi pun ade. Pasti manis punya....bro.