APA ITU TAPAI.....
Tapai ialah sejenis makanan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi. Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Ketiga-tiga bahan ini hendaklah dicampurkan sehingga sebati. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai. Tetapi pada zaman ini, daun tapai semakin sukar didapati dan kebanyakan tapai dibungkus dengan menggunakan daun pisang. Terdapat sedikit perbezaan rasa antara tapai yang dibungkus dengan daun tapai dan tapai yang dibungkus dengan daun pisang.
Tapai yang telah siap dibungkus ditutup. Zaman telah berubah begitu juga dari segi pembungkusan tapai. Selain daun pisang saya kini lebih senang menggunakan bekas plastik kecil mengantikan daun pisang. Almaklum la ... daun susah jugak nak dapat dalam kuantiti yang banyak tu. Kalau setakat sikit-sikit tu belakang rumah pon ade. Ade le tanam pisang jugak belakang rumah tu tak le banyak bebenor bro... Tapi tapai dalam daun pisang aromanya lagi mengancam bro.... Setelah diperam dan disimpan selama 3 hari, tapai itu akan masak dan barulah boleh dimakan. Tapai yang telah masak mengeluarkan air yang sangat manis. Air tapai ini boleh diminum dan juga boleh dijadikan sebagai ubat tradisional. Kalau saya paling kurang 3 bungkus baru baru berhenti.
Tapai yang telah masak juga tidak boleh disimpan lama, masanya adalah lebih kurang dalam 2 hari sahaja dan kerana rasanya yang terlalu manis biasanya sesuai dimakan pada waktu tengah hari sebagai pencuci mulut, dan sekiranya mahu menambahkan lagi kesedapan tapai, tapai itu boleh dicampurkan dengan santan kelapa dan dimasukkan sedikit ais. Pekena ni terangkat bro...... Saya memang minat bebenor tapai tambah lagi tapai pulut. Jadi minat makan, dengan itu la jugak saya dan isteri menceburi membuat tapai. Tapi baru lagi bro boleh la kalau sape nak order heh heh. Coming soon saya nak buat ragi tapai. Sape lepas nii nak tapai telepon le ye jangan sogan-sogan harga ok punya ragi pun ade. Pasti manis punya....bro.
No comments:
Post a Comment